send link to app

myMANJUNG Biz


4.4 ( 5824 ratings )
商务 生活
开发 Majlis Perbandaran Manjung
自由

Apa itu myMANJUNG Biz?
myMANJUNG Biz merupakan aplikasi yang dapat membantu pemilik perniagaan untuk memantau aktiviti Jualan Harian, Mingguan dan Bulanan serta dapat menjana laporan penyelarasan pada bila-bila masa. Aplikasi ini juga menyediakan maklumat berpusat mengenai koleksi dan jualan untuk anda menganalisis prestasi perniagaan anda.


Apakah yang membuatkan myMANJUNG Biz begitu istimewa kepada Pemilik Perniagaan?

Aplikasi myMANJUNG Biz menghubungkan pelbagai pembekal pembayaran dengan juruwang atau jualan kaunter dengan cara baharu pembayaran tanpa tunai.
Pelanggan akan membuat pembayaran melalui aplikasi myMANJUNG dengan menggunakan konsep Pilih & Bayar dan anda akan menerima notifikasi pembayaran melalui myMANJUNG Biz.
Dengan myMANJUNG Biz, pemilik perniagaan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan dan memantau prestasi jualan mereka yang dijana dalam masa nyata.



Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengguna?

Semasa proses pendaftaran akaun, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan (NRIC) atau Nombor Pasport untuk Bukan Warganegara Malaysia dan mencipta ID pengguna yang unik. Aplikasi akan menghantar nombor OTP untuk pengesahan telefon. Akhir sekali, anda perlu mendaftarkan nombor PIN 6-digit dan pin ini akan ditanya apabila anda berurus niaga dalam aplikasi.



Liputan kami?

Aplikasi ini kini tersedia untuk perniagaan di Perak.